19 syarikat dikenakan denda




Siaran Akhbar : Kementerian Kewangan dan Ekonomi






BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Julai. - Sebanyak 19 buah syarikat tempatan pada April hingga Jun 2025 telah diarahkan untuk membayar denda di Mahkamah Majistret kerana gagal mematuhi Seksyen 52(1) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35), iaitu gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi tiap-tiap Tahun Kewangan yang berkenaan.


Syarikat tersebut ialah Tasfia-Tasrif Sdn. Bhd. dikenakan denda sebanyak BND5,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020; manakala Tecomarine Offshore Sdn. Bhd. dan ADTC Sdn. Bhd. masing-masing dikenakan denda sebanyak BND5,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.


Sementara itu, Syarikat Permai Jaya Sdn. Bhd., Tegap Harta Bumi Sdn. Bhd. dan Syarikat Pg. Hj. Damit Pg. Hj. Abd. Wahab Sdn. Bhd. masing-masing dikenakan denda sebanyak BND5,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019.


Manakala Gen Supply Sdn. Bhd. pula dikenakan denda sebanyak BND4,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019; sementara Cris Yhene Welding & Construction Sdn. Bhd. dan UA's Technology Sdn. Bhd. masing-masing dikenakan denda sebanyak BND4,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2016, 2017, 2018 dan 2019.


Sementara, Biswas Sdn. Bhd. dikenakan denda sebanyak BND2,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan 2019; Ah Consultancy Sdn. Bhd. pula dikenakan denda sebanyak BND1,600 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan 2019.


Manakala Manria Sdn. Bhd. dikenakan denda sebanyak BND1,500 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2019; sementara Seri Zinary Sdn. Bhd., Hakmah Jaya Sdn. Bhd., Zayed Sdn. Bhd., M.H. Bhuiyan Sdn. Bhd., Paintmart Sdn. Bhd., Yewann Food Sdn. Bhd. dan Perusahaan Sariah dan Anak-anak Sdn. Bhd. masing-masing dikenakan denda sebanyak BND1,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2019.


Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi ingin memberi peringatan bahawa syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat, Penggal 39 adalah dikehendaki untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan masing-masing selewat-lewatnya pada 30 Jun bagi Tahun Taksiran yang berkenaan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 52(1) dari Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35).


Jika sabit bersalah kerana gagal menghadapkannya, di samping dikehendaki untuk membayar denda yang dikenakan oleh mahkamah, syarikat terbabit juga dikehendaki untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan yang tertunggak dan membayar Cukai Pendapatan yang tertunggak serta penalti yang dikenakan, iaitu maksimum 17 peratus daripada jumlah cukai yang tertunggak, jika ada.


Close