Zahir kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah DYMM



​​

Oleh : Pg Vivy Malessa Pg Ibrahim / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman






BELAIT, Isnin, 14 Julai. - Masjid Mohammad Jamalul Alam menjadi salah satu tumpuan utama Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Membaca Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-79, Tahun 2025 di daerah ini.


Hadir selaku tetamu khas pada majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.


Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, diimamkan oleh Imam masjid berkenaan, Awang Haji Noor Azhar bin Haji Harith, yang diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid berkenaan, Awang Afiq Haririe bin Haji Muhammad Daud.


Manakala Doa Kesyukuran dibacakan oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Mohd. Aliyani bin Ismail. Sementara Azan Maghrib dilaungkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid (SkiPPA), Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait, Awang Muhammad Nazhiim Mustaqim bin Zaini.


Turut hadir, pegawai dan kakitangan kerajaan, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di Daerah Belait.


Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja akan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala, dilanjutkan usia, sihat walafiat dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kekal karar memerintah di atas takhta singgahsana kerajaan dan memimpin Negara Brunei Darussalam.


Close