DPMM berkenan menerima mengadap




Oleh : Aimi Sani / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Haji Awang Abdul Hamid





BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Julai. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie yang akan menamatkan perkhidmatan pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan, hari ini.


Puan Yang Terutama Ambra Dickie telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 20 Oktober 2022.


Close