KSSUP anjur Sambutan Ilal Hijrah 1447, Doa Kesyukuran



Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid






BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Julai. - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447 dan Majlis Doa Kesyukuran bagi Jemaah Haji di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP, di sini.


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.


Turut hadir, Setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KSSUP dan jabatan-jabatan serta bahagian-bahagian di bawahnya.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Ceramah Khas bertajuk 'Semarak Hijrah mencapai Kecemerlangan Yang Mampan' yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Ketua Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Fansuri Sharimi@Haji Mansur bin Mohamad Ali.


Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Asyraqal daripada gabungan pendikir KSSUP dan bacaan Doa Kesyukuran bagi menyambut kepulangan jemaah haji yang terdiri daripada warga kementerian.


Adapun tujuan majlis ini diadakan adalah aktiviti tahunan KSSUP untuk menyemarakkan lagi Sambutan Ilal Hijrah di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KSSUP serta jabatan-jabatan di bawahnya.


Close