Sambutan Ilal Hijrah 1447 terus disemarakkan



Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat






BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Julai. - Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447 / 2025 Masihi bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Dewan Majlis, hari ini.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.


Turut hadir, Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah.


Majlis turut diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Semangat Hijrah dalam Diri Muslim Sejati' yang disampaikan oleh Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Awang Mohammad Nasyith bin Superi.


Ceramah antara lain telah menekankan ciri-ciri yang penting dalam diri Muslim sejati iaitu keimanan, semangat hijrah dan semangat jihad yang tinggi untuk memperbaiki diri dan berubah kepada yang lebih baik.


Majlis diteruskan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah yang dipimpin oleh pegawai dan kakitangan dari Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat. Adapun tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi Tahun Baharu Islam 1447H.


Close