Menyusur, mendaki Bukit Kamser sempena Hari Keluarga





Berita dan Foto : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali





 

KOTA BATU, Jumaat, 13 Jun. - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SR Pintu Malim Kluster 1 hari ini menganjurkan aktiviti menyusur dan mendaki Bukit Kamser bagi Program Amalan Bersih, Sihat dan Ceria.


Hadir selaku tetamu kehormat dan turut menyertai aktiviti berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat juga selaku Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh dan Ketua Kampung Subok.


Juga menyertai program berkenaan, Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Rasli bin Taram; Ketua Kampung Sungai Besar, Sungai Belukut dan Kampung Serdang, Lt. Kol (B) Haji Awang Zaini bin Haji Awang Damit; dan Pemangku Ketua Kampung Pintu Malim, Haji Hanapiah bin Begawan Pehin Udana Khatib Haji Junit.


Aktiviti julung kali diadakan ini melibatkan warga sekolah, ibu bapa/penjaga, murid-murid dan juga Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (AJK MPK) Serdang. Adapun tujuan diadakan adalah sebagai pengikat yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara warga sekolah, PIBG dan AJK MPK Kampung Serdang dan sama-sama meraikan Hari Keluarga Kebangsaan selain mengamalkan gaya hidup sihat.


Bukit Kamser mempunyai sumber semula jadi untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran yang dapat diintegrasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid dan guru-guru.


Close