Siaran Akhbar dan Foto : Ihsan Stesen Minyak Koperasi Persatuan TIBA
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 28 April. - Stesen Minyak Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) dengan Tanggungan Berhad hari ini mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Ahli-ahli Lembaga Koperasi KOTIBA, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil KOTIBA dan Pekerja-pekerja Stesen Minyak KOTIBA berlangsung di salah sebuah 'resort' di Jalan Kota Batu.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengerusi Lembaga Koperasi KOTIBA bagi Sesi 2024 / 2025, Awang Haji Matassan bin Haji Bungso.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sambutan, Awang Haji Muhsin bin Haji Ahmad dalam ucapan alu-aluannya menggariskan bahawa acara ini bukan sahaja untuk menghargai komitmen pekerja-pekerja Stesen Minyak KOTIBA dengan pihak Lembaga Koperasi KOTIBA malah yang lebih utama adalah untuk mensyukuri hari kemenangan umat Islam iaitu dengan mengadakan majlis seumpama ini.
Seterusnya dalam ucapan daripada tetamu kehormat pula menyentuh mengenai pentingnya mengeratkan silaturahim, kemesraan, keceriaan kekeluargaan dalam Koperasi KOTIBA khasnya Ahli-Ahli Lembaga Koperasi dan Pekerja-pekerja Stesen Minyak KOTIBA dalam menuju kecemerlangan.
Majlis yang diungkayahkan setiap tahun itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dan silaturahim di antara Ahli-ahli Lembaga Koperasi KOTIBA, Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil KOTIBA dan semua lapisan pekerja Stesen Minyak KOTIBA. Turut hadir, semua Ahli Lembaga Koperasi bagi Sesi 2024 / 2025.