Majlis Makan Malam raikan delegasi seminar



​​

Oleh : Aimi Sani / Foto : Mohamad Hasif Matzin





JERUDONG, Isnin, 14 April. - The 2nd Olympic Council of Asia (OCA) Gender Equity Seminar di Negara Brunei Darussalam (NBD) diadakan selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 April 2025, dengan seramai 88 peserta daripada 43 National Olympic Council (NOC), 19 penceramah terdiri daripada pelbagai organisasi ternama, termasuk International Olympic Committee (IOC), United Nation Women, Oceania IOC dan International Working Group (IWG) serta 10 tetamu daripada OCA, termasuk OCA Honorary Executive Board Members dan Ahli-ahli OCA Gender Equity Committee telah menghadiri perhimpunan penting berkenaan.


Sehubungan dengan itu, Majlis Makan Malam telah diadakan bertempat di Royal Berkshire Hall, Tarindak d'Polo, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.


Berangkat ke Majlis Makan Malam berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ahli Lembaga Eksekutif Kehormat OCA dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan NBD.


Turut berangkat dan hadir ialah His Royal Highness Prince Feisal Al-Hussein, Association of National Olympic Committee (ANOC) Gender Equity Commission Chair and OCA Chair of the Peace and Sport Standing Committee; Ahli Lembaga Eksekutif OCA, Mikako Kotani OLY; dan OCA Gender Equity Chair, Valerie Tarazi OLY.


Majlis Makan Malam berkenaan telah dihoskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

Close