BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Muhammad Shehbaz Sharif, kerajaan serta rakyat Republik lslam Pakistan bersempena dengan Hari Pakistan.