Oleh : Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Mac. - Peruntukkan memang ada termasuk dalam Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) malah ia mempunyai bahagian-bahagian, ada lima atau enam, termasuklah Bahagian Pemakanan, BKMH. Jadi jumlah yang semuanya ada di dalam JHES termasuk 'emolument' dan program-programnya yang berulang-ulang adalah dalam kumpulan tersebut.
Demikian antara yang diujarkan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Lau How Teck pada hari ke-13 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21, MMN yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, kelmarin, mengenai pemakanan dan barang halal tahun lepas ada peruntukkannya tahun ini atau tidak, apa yang terjadi?
“Jadi maknanya bukannya 'nada' peruntukan, tapi peruntukkannya diserapkan kepada jabatan. Dan satu lagi untuk Yang Berhormat Pehin, ia mempunyai saranan yang sangat relevan dan saranan itu kebetulan pula sedang berjalan, dilaksanakan oleh pihak kementerian iaitu supaya mengenai halal 'ani' membuka potensi yang lebih besar kepada kajian-kajian, penyelidikan-penyelidikan iaitu di pusat-pusat pengajian tinggi untuk membuat kajian.
“Sebenarnya, sekarang ini sudah berjalan tu Pehin, ertinya bagi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) di Kementerian Hal Ehwal Ugama, KUPU SB untuk menyediakan dari segi kemahiran dalam perkara ani, latihan-latihan kemahiran. Kemudian Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan Halalan Thayyiban yang ada di pengajian mereka mempunyai kolaborasi dalam mengembangkan keperluan-keperluan pengajian tersebut termasuklah masa 'ani' beberapa kakitangan yang diperlukan, macam 'atu' juga Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan bahkan kakitangan atau pegawai-pegawai Bahagian Makanan Halal ani menjadi sumber 'resource' maklumat.
“Mereka dihadirkan dalam acara-acara untuk meningkatkan pengetahuan mengenai halal dalam kalangan UTB, ITB dan IBTE. Lagi untuk mengetahuinya bukan sahaja kegunaan akademik bahkan juga bagi kegunaan kalangan yang akademik itu sendiri untuk mengetahui lebih tepat jadi mereka ini sebagai sumber pengetahuan," tambah Yang Berhormat lagi.