KHEU dalam menjamin kesejahteraan masyarakat





Oleh : Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Mac. - Dalam menyentuh kembali sebahagian KPI iaitu pencapaian KPI 2020 hingga 2024, yang kedua, Fokus Strategik Dakwah Mantap Berkesan. Pertama, dari segi peratus peningkatan jemaah masjid iaitu pada tahun 2023 didapati peningkatan itu sekadar 2 peratus tapi pencapaian pada tahun 2024 pada tahun 2023 yang dikira diketahui pada tahun 2024 melebihi daripada jumlah tersebut iaitu 200 pada tahun 2024 masih dalam proses pengumpulan data.


Yang diberikan keterangan di sini ialah bagi mewujudkan prasarana masjid yang kondusif dan mesra pengguna. Yang telah pun disikan masalah pengguna sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.


Kemudian pelaksanaannya, pelaksanaan program-program yang diadakan di masjid menjadikan tarikan untuk kehadiran yang bertambah. Kemudian peningkatan kompetensi dan kualiti bagi pegawai-pegawai masjid. Hal-hal itu juga walau bagaimanapun ialah bagi melaksanakan program kefahaman Islam secara berterusan ada dibuat. Kemudian meningkatkan kompetensi pendakwah dengan metodologi dan kerjasama sinergi dari agensi-agensi dakwah dalam dan luar negara.


Demikian antara yang diujarkan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pada Sesi Kenyataan Menteri Hal Ehwal Ugama pada hari ke-13 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21, MMN yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, kelmarin.


“Yang kedua, dalam Fokus Strategik Dakwah yang Mantap ini ialah jumlah peningkatan penyertaan belia dalam program keagamaan belia. Ini sangat menggembirakan, iaitu tambahan 200 belia yang boleh dikatakan terlibat kegiatan-kegiatan yang teratur dan tersusun bagi belia-belia bagi memantapkan mereka jangan sampai terpengaruh apa yang diajarkan dari luar 'mainstream kitani'.


“Dan alhamdulillah, ada program-program yang tertentu dilakukan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pusat Da'wah Islamiah. Tambahan belia setakat ini adalah dalam perkiraannya adalah lebih 1,000 dalam kumpulan tersebut dalam berbagai-bagai nama. Pelaksanaan program bengkel yang dengan bengkel dan aktiviti yang melibatkan belia. Semuanya ini, alhamdulillah mendapat kerjasama. Ada yang daripada institusi pengajian tinggi, diambil ataupun memberikan kerjasama sebagai mentor-mentor kepada kumpulan-kumpulan belia. Jadi dengan itu mereka adalah terpimpin, alhamdulillah.


“Peningkatan mualaf sahaja agak dipersoalkan di sini barangkali Pehin. Dalam tahun 2024, sebelum masuknya tahun 2024 itu, mualaf adalah setiap tahun didaftarkan 500 orang. Jadi berdasarkan 'atu' pada tahun 2024 pun disasarkan sedemikianlah. Tapi ternyata pada tahun 2024 itu, cuma terdaftar sebanyak 319 orang. Ini satu cabaran, mengapa? Jadi setakat ani data yang terkumpul belum sempurna terutamanya sekali dirujuk pada tahun-tahun sebelum ini, apa namanya 'atu', orang-orang yang masuk Islam secara keluarga. Jadi satu keluarga mungkin membawa dua orang, tiga orang, jadi kalau bilangan 100 menjadi 200, 300. Kalau, jadi semua akan disiasat," ujar Yang Berhormat lagi.


Jadi yang kedua, tambah Yang Berhormat ialah kemungkinan itu pada tahun-tahun sebelum itu daripadanya orang pendatang-pendatang yang bekerja di sini dengan Pas Sementara yang bekerja di sini, jadi melihat pada kemudahan-kemudahan bukan lagi kemudahan dikatakan keistimewaan dengan adanya, apa 'ani', sagu hati kepada orang yang memeluk Islam dan kalau pada Hari Raya mungkin atau memang mendaftar di masjid-masjid, mereka akan dapat agihan Hari Raya.


“Jadi kalau mereka tinggal di sini dua tahun maknanya bolehlah 'bisdia' dapat. 'Atu' sebagai andaian jua Pehin tapi data-datanya yang sempurna akan didapatkan dengan sebaiknya. Kerana sasaran 500 sebelumnya itu menjadi 319 adalah agak juga mengejutkan," jelas Yang Berhormat.


“Peratus penduduk yang menunaikan haji bagi pertama kali terus menerus disasarkan 80 peratus dan dicapai pun 80.3 peratus pada tahun 2024. Jadi strategi yang ketiga kalau kaola sebutkan ialah Jaminan Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial. Ini sebagaimana yang kaola nyatakan tadi kementerian adalah peneraju dan sebahagian peneraju bersama kepada Majlis Kebangsaan Isu-isu Sosial.


“Jadi tanggungjawab kementerian dalam hal ani, komitmen kementerian dalam hal ini adalah memang teguh untuk bersama-sama dengan kementerian-kementerian lain terutama sekali Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang di sana ada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

 

“Dalam perkiraan fokus mengenai orang yang dinamakan, apa namanya 'tu', yang patut dijamin kesejahteraan sosialnya dari segi kecukupan kehidupan mereka. Peratus asnaf fakir miskin yang berjaya dalam latihan-latihan ertinya dikeluarkan daripada apa namanya 'tu', kepompong kemiskinan. Disasarkan pada tahun 2024, 65 peratus daripada yang terlatih itu telah berjaya tetapi pencapaiannya seperti dalam sesi yang lalu yang kaola sebutkan tidaklah begitu menggalakkan, bahkan 65 peratus turun kepada 56 peratus," jelas Yang Berhormat.


Jadi cabarannya, jelas Yang Berhormat, masih jua di sana sebagaimana yang dinyatakan oleh rakan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah untuk menyediakan 'mindset' bagi melepaskan diri 'atu' datang daripada mereka sendiri. Program-program yang 'kitani' sediakan ada. Tapi kalau 'mindset' mereka tidak bersedia untuk mengikuti program-program itu, itu menjadi masalah. Macam namanya orang 'able-bodied' masih jua akan bergantung kepada bantuan-bantuan.​

Close