Kempen ‘Big Win’ Progresif beri ganjaran istimewa



​Siaran Akhbar dan Foto : Progresif Sdn. Bhd.





BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 10 Januari. - Kempen 'Big Win' Progresif kini kembali dengan menyediakan peluang menarik untuk memberi ganjaran pelanggan prabayar sedia ada serta pelanggan baharu kepada pelan WiFi Rumah dan Mudah Alih Progresif.


Kempen ini yang berjalan dari 2 Januari 2025 hingga 1 Disember 2025 bukan sahaja terhad kepada pelanggan sedia ada, malah para pelanggan baharu juga akan berpeluang memenangi hadiah berjumlah lebih BND300,000.


Ia bertujuan untuk mendorong pelanggan prabayar untuk mendaftar semula nombor talian mereka dengan segera dan secara proaktif.


Pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke mana-mana cawangan Progresif akan serta-merta membawa pulang hadiah percuma, data percuma dan secara automatik dimasukkan ke dalam cabutan bertuah suku tahunan Progresif.


Enam pemenang teratas Kempen 'Big Win' suku ini akan memenangi wang tunai berjumlah sehingga BND32,500, dengan hadiah Utama bernilai BND15,000.


Pada Oktober 2024, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) dalam siaran akhbarnya mengumumkan mengenai pelaksanaan kawal selia bagi pendaftaran Kad SIM prabayar bermula Januari hingga Disember 2025 iaitu sebagai langkah meningkatkan keselamatan siber dan mencegah peningkatan aktiviti menyalahi undang-undang dan penipuan yang dilakukan melalui panggilan dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) di Negara Brunei Darussalam.


Para pelanggan Progresif boleh mengambil bahagian dalam Kempen 'Big Win' ini dengan mendaftar semula nombor talian prabayar mereka semasa tempoh kempen ini atau dengan mendaftar ke mana-mana pelan Progresif prabayar, pascabayar atau WiFi Rumah.


Cabutan bertuah akan diadakan tiga kali pada tahun ini dengan setiap satu menawarkan faedah eksklusif untuk peserta awal. Kitaran pertama akan berjalan dari 2 Januari hingga 14 Mei, yang kedua dari 15 Mei hingga 13 Ogos dan ketiga adalah dari 15 Ogos hingga 1 Disember 2025.


“Kempen 'Big Win' mencerminkan komitmen Progresif untuk memastikan pelanggan mematuhi proses pendaftaran semula, yang mana penting untuk mengekalkan kelancaran dan keselamatan keterhubungan.


“Dengan menyertainya, pelanggan bukan sahaja menikmati faedah kekal berhubung dengan selamat tetapi juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik. Kami komited untuk mewujudkan nilai dan melibatkan diri dengan pelanggan kami dengan cara yang bermakna," ujar Naib Presiden, Pemasaran, Progresif, Sharleen Othman.


Untuk butiran lanjut mengenai kempen ini, kunjungan laman sesawang atau ikuti laman Instagram dan Facebook 'Progresif'.



Close