Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Mohamad Azmi Haji Awang Damit, Azmah Haji Ahad
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru yang akan menamatkan perkhidmatan di negara ini. Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman, hari ini.
Tuan Yang Terutama Maeda Toru telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Mei 2022 lalu.