Berkenan menerima mengadap perpisahan





Oleh : Nur Amalia Alisha Daud / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap perpisahan Yang Mulia Mrs. Tuti Suwidjiningsih, isteri Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe dan Yang Mulia Madam Kwon Soo Hyun, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun, yang akan menamatkan perkhidmatan.

 

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.​


Close