46 pegawai JKED terima kenaikan ‘epaulette’





Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Kastam dan Eksais Diraja





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Jun. - Seramai 46 Pegawai Kastam dan Pemeriksa di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) baru-baru ini telah menerima kenaikan 'epaulette' semasa Majlis Roll Call JKED bagi bulan Jun 2024.

 

Kenaikan 'epaulette' berkenaan telah berlangsung di Dewan Kyoto, Ibu Pejabat JKED dan disempurnakan oleh Pemangku Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Awang Muhammad Azizil Hakim bin Haji Brahim, 

 

Pegawai-pegawai yang menerima kenaikan 'epaulette' tersebut adalah sebagai tanda kekananan di dalam perkhidmatan dan juga dalam nilai pengetahuan perkastaman.

 

Majlis Roll Call JKED tersebut adalah bertujuan sebagai wadah dalam memupuk silaturahim dan meningkatkan komunikasi antara pihak Pengurusan JKED dengan pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di JKED.

 

Selain itu, ia juga bertujuan menyampaikan maklumat dan pembaharuan jabatan serta merupakan salah satu cara JKED menzahirkan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan JKED yang secara berterusan komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada JKED dan juga orang awam.

 

Close