Berkenan kurnia agihan daging ibadah korban



​​


Oleh : Khartini Hamir / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 





BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Jun. - Pengagihan daging-daging Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat baginda bersempena menyambut Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi berlangsung hari ini di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman, di sini.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja dijunjung oleh Pengerusi-pengerusi Bersama Majlis dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat baginda dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman bagi Tahun 1445H / 2024M.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

 

Sebelum majlis dimulakan, selawat diperdengarkan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan serta guru-guru ugama dari Jabatan Pengajian Islam, pensyarah, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, belia-belia masjid Jabatan Hal Ehwal Masjid, serta penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dipersembahkan oleh Johan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 2020 dan 2024 Masihi, Awang Haji Mohammad bin Ali.

 

Sementara Tadabbur Ayat pula disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Ugama, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Awang Mohammad Yusof bin Haji Abdul Majid.

 

Sejurus itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya berkenan mengurniakan daging-daging ibadah korban kepada penerima khas yang terpilih daripada seluruh negara terdiri dari seramai 50 penerima khas lelaki, sementara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri pula berkenan mengurniakan daging ibadah korban kepada 50 penerima khas perempuan.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Pada tahun ini, sebanyak 184 ekor sapi dan 14 ekor kambing dikorbankan, dan sebahagian daging ibadah korban sunat tersebut diagihkan kepada sejumlah 14,944 orang iaitu asnaf fakir dan miskin, serta ibu-ibu tunggal berserta tanggungan di seluruh negara.

 

06.jpg


07.jpg


08.jpg


09.jpg


10.jpg


11.jpg


12.jpg


13.jpg



Close