JPM anjur Doa Selamat bagi bakal jemaah haji





Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Mei. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengadakan Majlis Doa Selamat bagi seorang kakitangan yang akan menunaikan ibadat fardu haji bagi Musim Haji Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi, bertempat di Bilik Mesyuarat East Wing, JPM, hari ini.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri. Pada majlis tersebut, Yang Berhormat juga turut menyempurnakan penyampaian sumbangan derma daripada kakitangan JPM kepada bakal jemaah haji berkenaan.


Doa selamat kemudian dibacakan memohon agar bakal jemaah yang akan menunaikan fardu haji dikurniakan keberkatan dan keselamatan serta dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur.


Turut hadir, Yang Mulia Timbalan-timbalan Menteri; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; serta pegawai-pegawai kanan JPM.


Close