Raptai penuh pastikan kesempurnaan majlis





Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit





BERAKAS, Sabtu, 18 Mei. - Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula 21, 22 dan 23 Mei 2024M bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas bermula jam 7.15 malam dengan tema 'Al-Quran Pedomanku'.


Bagi melancarkan dan memantapkan perjalanan Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445H / 2024M, pagi tadi diadakan latihan penuh (rehearsal) bertempat di Dewan Plenary, ICC, di sini.


Hadir sama bagi menyaksikan latihan penuh tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2024M dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.


Juga hadir, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.


Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap kementerian-kementerian berkenaan serta ahli-ahli jawatankuasa kerja yang lain.


Peserta-peserta qari yang akan bertanding pada Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445H / 2024M ialah Pengiran Muhd Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki; Awang Haji Mohammad bin Ali; Haji Awang Muhammad Fikri bin Haji Awang Metussin; Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya; Awang Haji Hazwan bin Haji Salim; dan Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri.


Manakala peserta-peserta qariah yang akan bertanding pada musabaqah tersebut ialah Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri; Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki; Dr. Dayang Hajah Siti Wardah binti Mejar (B) Haji Abd Rahman; Dayang Amal Nazirah binti Haji Asmat; Dayang Najla Sabreena binti Haji Abd Rajid; dan Dayang Nur Amal Atiqah@Aida binti Haji Sudirman.


Musabaqah dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd.


Close