Perutusan tahniah atas pelantikan Presiden Republik Arab Mesir



​​

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Abdel Fattah El-Sisi berikutan dengan pelantikannya semula sebagai Presiden Republik Arab Mesir.

Close