Jadikan membaca Al-Quran amalan harian



​Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Ihsan Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri






MENTIRI, Ahad, 11 Februari. – Bertadarus Al-Quran memang dituntut kepada semua umat Islam, di samping menjadi kewajipan untuk mempelajari dan mengambil iktibar dari yang terkandung dalam kitab Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.


Jemaah Subuh tadarus Al-Quran Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri pagi tadi mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi menzahirkan rasa syukur selepas melengkapkan bacaan 30 juzuk.


Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan disusuli dengan bacaan surah-surah ayat lazim bermula dari Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas yang dipimpin oleh Awang Haji Annuar bin Penghulu Haji Ibrahim.


Bacaan Takhtim dan seterusnya Doa Khatam serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam pula dipimpin oleh Awang Haji Shamsul bin Haji Abd. Latif.


Para jemaah telah mengadakan ibadah bertadarus setiap hari selepas sembahyang menunaikan Fardu Subuh yang juga dihasratkan untuk mengimarahkan lagi masjid berkenaan.


Majlis yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri berkenaan merupakan Majlis Khatam Al-Quran kali pertama bagi tahun 2024.


Close