Majlis Rumah Terbuka eratkan hubungan silaturahim



​Berita dan Foto : Ihsan Ajees Hamdan

 





TUTONG, Ahad, 11 Februari. – Sambutan Tahun Baharu Cina Tahun 2024 memberi peluang kepada masyarakat Tionghua dan juga masyarakat setempat mengeratkan dan memperkukuh lagi hubungan silaturahim dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka.

 

Pada hari ini, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, yang juga Ketua Kampung Sengkarai telah pun berkunjung ke rumah terbuka masyarakat Tionghua di Kampung Sengkarai.

 

Menurut Yang Berhormat, mengadakan Majlis Rumah Terbuka seperti berkenaan dapat menunjukkan bahawa kita sebagai bangsa Melayu tidak salah berkunjung dan menziarahi teman-teman walaupun berbeza agama.

 

"Ini menampakkan hubungan yang begitu erat bukan sahaja masyarakat Tionghua namun masyarakat lain.

 

"Inilah peluang saya berkunjung ke rumah terbuka anak buah kampung berbangsa Cina dan ia akan dilaratkan di acara lain (bangsa lain) seperti Hari Raya, Adau Gayoh, Hari Gawai dan sebagainya," ujar Yang Berhormat.


Close