Oleh : Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Hamzah Mohidin, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menyempurnakan Istiadat Pengisytiharan Kenaikan Pangkat Gelaran dan Istiadat Mengurniakan Tauliah Manteri Hulubalang yang berlangsung di Surau Istana Nurul Iman, di sini.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia didahului oleh dua orang Hulubalang, iaitu Hulubalang Diraja yang membawa Pemuras dan Karga, dan Hulubalang Asgar yang membawa Kelasak dan Kampilan serta diiringi oleh Alat-Alat Perhiasan Empat.
DYTM seterusnya dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar.
Istiadat dimulakan dengan Istiadat Pengisytiharan Kenaikan Pangkat Gelaran kepada Juru Laki Awang Haji Johan Areffen bin Haji Hassan menjadi Ketua Juru Laki.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Yusof mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM bahawa Istiadat Pengisytiharan Kenaikan Pangkat Gelaran kepada Juru Laki Haji Johan Areffen bin Haji Hassan menjadi Ketua Juru Laki telah siap sedia.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan kemudiannya menjunjung anugeraha balik ke tempat duduknya.
Sebaik sahaja DYTM menyabdakan supaya istiadat dimulakan, Awang-Awang masuk membawa Pengisytiharan Kenaikan Pangkat Gelaran, diikuti dengan Surat Pengisytiharan Kenaikan Pangkat Gelaran dibacakan oleh Begawan Mudim Awang Haji Mat Salleh bin Haji Damit.
Doa selamat seterusnya dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.
Antara tanggungjawab Ketua Juru Laki ialah mengatur dan mengawasi kesempurnaan naubat dan titirnya, termasuk gendang jaga-jaga diraja dan bertanggungjawab memerhatikan keadaan sesuatu istiadat yang bersangkutan dengan naubat dan gendang jaga-jaga diraja.
Majlis diikuti dengan Istiadat Tauliah Manteri Hulubalang kepada lima orang penerima.
Istiadat dimulakan dengan Istiadat Tauliah Manteri Hulubalang kepada Awang Haji Roslan bin Haji Asmat menjadi Pateh.
Awang Haji Roslan masuk mengadap dengan diapit disebelah kiri oleh Pengarah Awang Jaini bin Haji Mahmud serta seorang Awang-Awang membawa Gangsa Sireh masuk mengadap dan duduk di tempat yang dikhaskan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM bahawa Istiadat Mengurniakan Tauliah kepada Awang Haji Roslan bin Haji Asmat menjadi Pateh telah siap sedia.
DYTM sekali lagi memperkenankan untuk istiadat dimulakan.
Seterusnya, Hulubalang Asgar Awang Ahmad bin Haji Masri menjunjung anugeraha, dan diikuti dengan Begawan Mudim Awang Haji Ahmad Kasra bin Haji Ibrahim menjunjung anugeraha serta dua orang Awang-Awang, seorang membawa Gangsa yang berisi Tauliah dan seorang membawa Gangsa Kurnia Persalinan.
Hulubalang Asgar Awang Ahmad kemudiannya menjunjung anugeraha lalu menapakkan Gangsa Sireh di bahu kanan dan kiri seterusnya di atas kepala Awang Haji Roslan.
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Matassan bin Haji Tahir.
Pateh Awang Haji Roslan menjunjung anugeraha dan keluar daripada majlis diikuti oleh Pengarah Awang Jaini, Begawan Mudim Awang Haji Ahmad Kasra serta Awang-Awang yang Membawa Gangsa Sireh, Tauliah dan Kurnia Persalinan.
Antara tanggungjawab Pateh ialah mengawasi pasukan sinipit dan mengepalainya dan menjadi pembawa cangkah dalam sesuatu istiadat atau di dalam sesuatu pembarigaan.
Majlis diikuti dengan Istiadat Tauliah Manteri Hulubalang kepada Awang Murni bin Majid menjadi Pengarah.
Awang Murni masuk mengadap dengan diapit di sebelah kiri oleh Orang Kaya Kesuma Awang Haji Md. Yunos bin Haji Kamis serta seorang Awang-Awang membawa Gangsa Sireh masuk mengadap dan duduk di tempat yang dikhaskan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM bahawa Istiadat Mengurniakan Tauliah kepada Awang Murni menjadi Pengarah telah siap sedia dan seterusnya DYTM memperkenankan untuk istiadat dimulakan.
Pengarah Awang Haji Kilali bin Haji Abd. Rahman kemudian menjunjung anugeraha, dan diikuti oleh Begawan Mudim Awang Haji Tamin bin Haji Puting menjunjung anugeraha serta dua orang Awang-Awang, seorang membawa Gangsa yang berisi Tauliah dan seorang membawa Gangsa Kurnia Persalinan.
Pengarah Awang Haji Kilali kemudiannya menjunjung anugeraha lalu menapakkan Gangsa Sireh di bahu kanan dan kiri seterusnya di atas kepala Awang Murni.
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mat Jaya bin Ibrahim.
Pengarah Awang Murni bin Majid menjunjung anugeraha dan keluar daripada majlis diikuti oleh Orang Kaya Kesuma Awang Haji Md. Yunos, Begawan Mudim Awang Haji Tamin serta Awang-Awang yang Membawa Gangsa Sireh, Tauliah dan Kurnia Persalinan.
Antara tanggungjawab Pengarah ialah menjadi penyambung lidah bagi menjunjung dan menyampaikan titah dan sabda kepada manteri dalam perkara yang berhubung dengan istiadat.
Majlis diikuti dengan Istiadat Tauliah Manteri Hulubalang kepada Awang Halidin bin Bujeh menjadi Pengarah.
Awang Halidin masuk mengadap dengan diapit di sebelah kiri oleh Orang Kaya Kaya Awang Haji Nordin bin Haji Arsad serta seorang Awang-Awang membawa Gangsa Sireh masuk mengadap dan duduk di tempat yang dikhaskan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM bahawa Istiadat Mengurniakan Tauliah kepada Awang Halidin menjadi Pengarah telah siap sedia dan DYTM memperkenankan untuk istiadat dimulakan.
Seterusnya, Pengarah Awang Haji Brahim @ Momin bin Haji Mohd. Yusof menjunjung anugeraha, dan diikuti oleh Begawan Mudim Awang Haji Suhaili bin Haji Kalong menjunjung anugeraha serta dua orang Awang-Awang, seorang membawa Gangsa yang berisi Tauliah dan seorang membawa Gangsa Kurnia Persalinan.
Pengarah Awang Haji Brahim @ Momin kemudiannya menjunjung anugeraha lalu menapakkan Gangsa Sireh di bahu kanan dan kiri seterusnya di atas kepala Awang Halidin.
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa bin Haji Murad.
Pengarah Awang Halidin menjunjung anugeraha dan keluar daripada majlis diikuti oleh Orang Kaya Kaya Awang Haji Nordin, Begawan Mudim Awang Haji Suhaili serta Awang-Awang yang Membawa Gangsa Sireh, Tauliah dan Kurnia Persalinan.
Pengarah juga berperanan menjadi pengawas kepada pemasangan alat perhiasan diraja untuk sesuatu istiadat.
Majlis seterusnya diikuti dengan Istiadat Tauliah Manteri Hulubalang kepada Awang Nor'Ariffin bin Haji Tunjang menjadi Pengarah.
Awang Nor'Ariffin masuk mengadap dengan diapit di sebelah kiri oleh Orang Kaya Kesuma Awang Haji Md. Yunos serta seorang Awang-Awang membawa Gangsa Sireh masuk mengadap dan duduk di tempat yang dikhaskan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM bahawa Istiadat Mengurniakan Tauliah kepada Awang Nor'Ariffin menjadi Pengarah telah siap sedia dan DYTM memperkenankan untuk istiadat dimulakan.
Seterusnya, Pengarah Awang Haji Kilali menjunjung anugeraha, dan diikuti oleh Begawan Mudim Awang Haji Amran bin Haji Md. Salleh menjunjung anugeraha serta dua orang Awang-Awang, seorang membawa Gangsa yang berisi Tauliah dan seorang membawa Gangsa Kurnia Persalinan.
Pengarah Awang Haji Kilali kemudiannya menjunjung anugeraha lalu menapakkan Gangsa Sireh di bahu kanan dan kiri seterusnya di atas kepala Awang Nor'Ariffin.
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.
Pengarah Awang Nor'Ariffin menjunjung anugeraha dan keluar daripada majlis diikuti oleh Orang Kaya Kesuma Awang Haji Md. Yunos, Begawan Mudim Awang Haji Amran serta Awang-Awang yang Membawa Gangsa Sireh, Tauliah dan Kurnia Persalinan.
Pengarah juga berperanan mendengar perkurapat orang ramai mengenai hal ehwal negara terutama kesentosaan dan keselamatan negara serta membuat penyelidikan mengenai masalah berkaitan dengannya untuk disembahkan kepada sultan sebagai nasihat.
Majlis kemudiannya diikuti dengan Istiadat Tauliah Manteri Hulubalang kepada Awang Haji Jaini bin Metarsad menjadi Juru Laki.
Awang Haji Jaini masuk mengadap dengan diapit di sebelah kiri oleh Awang Sahrol bin Awang Ismail serta seorang Awang-Awang membawa Gangsa Sireh masuk mengadap dan duduk di tempat yang dikhaskan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM bahawa Istiadat Mengurniakan Tauliah kepada Awang Haji Jaini menjadi Pengarah telah siap sedia dan DYTM memperkenankan untuk istiadat dimulakan.
Seterusnya, Ketua Juru Laki Awang Haji Johan Areffen bin Hassan menjunjung anugeraha, dan diikuti oleh Begawan Mudim Awang Haji Ahmad Kasra menjunjung anugeraha serta dua orang Awang-Awang, seorang membawa Gangsa yang berisi Tauliah dan seorang membawa Gangsa Kurnia Persalinan.
Ketua Juru Laki Awang Haji Johan Areffen kemudiannya menjunjung anugeraha lalu menapakkan Gangsa Sireh di bahu kanan dan kiri seterusnya di atas kepala Awang Haji Jaini.
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang.
Juru Laki Awang Haji Jaini menjunjung anugeraha dan keluar daripada majlis diikuti oleh Awang Sahrol, Begawan Mudim Awang Haji Ahmad Kasra serta Awang-Awang yang Membawa Gangsa Sireh, Tauliah dan Kurnia Persalinan.
Juru Laki bertanggungjawab menjadi pembantu kepada Ketua Juru Laki dan bertanggungjawab di atas kesempurnaan naubat dan gendang jaga-jaga diraja.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan seterusnya mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM bahawa Istiadat Pengisytiharan Kenaikan Pangkat Gelaran dan Istiadat Mengurniakan Tauliah Manteri Hulubalang telah sempurna dilaksanakan.
Istiadat diraja berkenaan sememangnya menggambarkan tradisi turun-temurun Melayu Diraja Brunei yang menunjukkan betapa halusnya budaya yang telah diwarisi. Ia memberikan gambaran yang jelas mengenai nilai-nilai budaya yang sangat menjunjung tinggi tradisi.