Pesuruhjaya Polis PPDB dikurniakan Darjah Kebesaran PGPP




Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei





MALAYSIA, Khamis, 2 November. - Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) dan Pingat Keberanian Polis (PKP) telah berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur Malaysia pada 31 Oktober 2023.


Pada majlis berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) Kehormat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.


Penganugerahan darjah tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan PPDB dalam memperkukuh hubungan erat dan usaha mempertingkatkan lagi kerjasama kepolisan di antara kedua-dua buah negara.



Close