Terus komited pelihara keindahan alam semula jadi



Siaran Akhbar dan Foto : Hengyi Industries Sdn. Bhd.

 




SERASA, Rabu, 20 September. – Hengyi Industries Sdn. Bhd. (Hengyi Industries) dengan kerjasama Green Brunei (GB), mengadakan kempen pembersihan pantai sempena Hari Pembersihan Sedunia.

 

Seramai 45 pekerja Hengyi Industries dan 10 sukarelawan daripada GB mengambil bahagian dan berjaya mengumpul sejumlah 382.6 kilogram sampah dalam 50 beg berjaya dikutip untuk membantu mengekalkan kebersihan Pantai Serasa.

 

Acara dimulakan dengan taklimat keselamatan oleh GB, diikuti dengan sesi senamrobik.

 

Semasa pembersihan pantai dijalankan, para peserta secara kolektif bekerjasama untuk membuang sampah dan serpihan dari pantai, yang kemudiannya ditimbang dan dipindahkan ke kawasan pelupusan sampah yang ditetapkan.

 

Kempen pembersihan pantai adalah sebahagian daripada inisiatif Satu Planet Hengyi Industries iaitu sebuah program alam sekitar khusus dalam memelihara keindahan alam semula jadi pantai Negara Brunei Darussalam.

 

Inisiatif berkenaan juga memainkan peranan penting untuk membantu menangani pencemaran pantai dengan mengurangkan sampah di pantai, yang menimbulkan ancaman besar kepada kehidupan laut.


Close