26 penerima dikurniakan Bintang-bintang Kebesaran NBD





Oleh : Saerah Haji Abd. Ghani / Foto : Muhammad Azmi Haji Awang Damit, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman, Muhammad Asri Haji Abas, Ak. Mohd Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman​

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda Ke-77 Tahun di Istana Nurul Iman.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

 

Istiadat yang berlangsung penuh adat istiadat di Balai Singgahsana Indera Buana berkenaan bermula dengan pengurniaan titah Kebawah DYMM, diikuti dengan pengurniaan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 26 penerima.

 

Kebawah DYMM mula-mula berkenan mengurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri kepada Chief of Defence Force, Royal Thai Armed Forces, Tuan Yang Terutama Jeneral Chalermphon Srisawasdi.

 

Diikuti dengan pengurniaan Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama (P.S.L.J) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri Laila Jasa kepada Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.

 

Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B) yang membawa gelaran Dato Seri Paduka kepada Bekas Setiausaha Agung ASEAN, Dato Paduka Awang Lim Jock Hoi.

 

Sementara itu, dua penerima dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) yang membawa gelaran Datin Paduka, iaitu Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri, Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib; dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Pengiran Datin Shazainah binti Pengiran Dato Paduka Shariffuddin.

 

Kemudian diikuti dengan pengurniaan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B) kepada tujuh penerima, iaitu Penolong Pesuruhjaya Polis, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Awang Zulhusam bin Haji Abdul Samad; Timbalan Pengarah Biro Mencegah Rasuah (BMR), Syed Azmal bin Syed Ali; Pegawai Khas Kanan di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Awang Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahab; Pemangku Penolong Pengarah BMR, Awang Morshidi bin Haji Metussin; Ketua Penyiasat Khas BMR, Awang Mohammad Khairol Faizal Rizal bin Haji Paijan; dan Penolong Pengarah BMR, Dayang Hajah Rahimah binti Haji Hassan.

 

Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B) kepada 14 penerima, iaitu Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dr. Awang Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad; Pemangku Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, Awang Haji Sofian bin Mohammad Jani; Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, 497 Kolonel Awang Muhammad Wata bin Abdullah Awat; 520 Kepten Awang Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB); Pengarah Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), 597 Komander Awang Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim; 386 Kolonel (Udara) Awang Norudin bin Salleh dari ABDB; Pemangku Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, 447 Kolonel (Udara) Awang Hishamuddin bin Abidin; Ketua Pusat Doktrin dan Peperangan Bersama, Kementerian Pertahanan, 491 Kolonel (Udara) Awang Hismawadi bin Haji Mohd Said; Komandan Institut Latihan ABDB, 509 Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman; Pemangku Ketua Staf ABDB, 665 Leftenan Kolonel Awang Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif; Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr. Dayang Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Ariffin; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang) Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pengarah Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Mastura binti Haji Sulaiman; dan Timbalan Pengarah Urusan Regulari dan Penyeliaan Brunei Darussalam Central Bank, Dayang Hajah Rashidah binti Haji Sabtu.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah para tetamu khas Kebawah DYMM antaranya Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M Jasni; Menteri Kesihatan Republik Singapura (Wakil Kerajaan Republik Singapura), Tuan Yang Terutama Ong Ye Kung dan Puan Kuik Sin Leng; Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag; Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Yang Berhormat Dato Paduka Seri Laila Jasa Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan dan Yang Berbahagia Dato Hajah Dayang Morliah binti Datuk Awang Daud; dan Chief of Defence Force, Royal Thai Armed Forces (RTARF), Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri General Chalermphon Srisawasdi dan Puan Budsakorn Srisawasdi.

 

Berangkat dan hadir pada istiadat berkenaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Pengiran-pengiran Peranakan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Manteri-manteri Pedalaman, para perwakilan negara sahabat, Setiausaha-setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan kerajaan.


06 (1).jpg


07 (1).jpg


08 (1).jpg


09 (1).jpg


10 (1).jpg


11 (1).jpg


12 (1).jpg


13 (1).jpg


14 (1).jpg


15.jpg


16.jpg



Close