Bantu tingkatkan stok bekalan darah



Siaran Akhbar dan Foto : Hengyi Industries Sdn. Bhd.





MUARA, Khamis, 13 Julai. - Kira-kira seramai 50 kakitangan dan pengurusan Hengyi Industries Sendirian Berhad (Hengyi Industries) telah menyertai Kempen Derma Darah yang diadakan di Bangunan Pentadbiran, Pulau Muara Besar (PMB), baru-baru ini.


Kempen Derma Darah anjuran Hengyi Industries dengan kerjasama Pusat Penderamaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) itu merupakan kali ke-5 ia diadakan dengan membawakan tema 'Give Blood, Save Life'.


Sebanyak 50 pain darah telah berjaya dikumpulkan dan akan digunakan untuk membantu meningkatkan stok bekalan bank darah di Negara Brunei Darussalam.


Di bawah Inisiatif Hengyi Cares, kempen tersebut adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Hengyi Industries sejak tahun 2019 untuk menggalakkan dan memotivasikan kakitangannya untuk tampil ke hadapan dan menderma darah dengan niat untuk membantu menyelamatkan nyawa serta juga membantu menyebarkan kesedaran tentang kepentingan dan faedah menderma darah.


Close