Hengyi anjurkan Majlis Khatam Al-Quran





Siaran Akhbar dan Foto : Hengyi Industries Sdn. Bhd.

 


BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April. - Hengyi Industries Sdn. Bhd. (Hengyi) menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi menandakan selesainya bacaan Al-Quran sempena bulan Ramadan yang mulia.

 

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Pemangku Setiausaha Tetap di Jabatan Tenaga, Pengiran Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra.

 

Turut hadir, Ketua Kampung Pekan Muara dan Pelumpong, Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman / Othman dan Pemangku Ketua Kampung Serasa, Awang Abdul Hamid bin Haji Zainin, serta pegawai-pegawai dari Damai Holdings, Jabatan Tenaga dan Pihak Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam.

 

Seramai 27 kakitangan Hengyi Industries turut menghadiri majlis tersebut.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan ayat-ayat suci Al-Quran yang dipimpin oleh Awang Haji Mohd Adam bin Haji Rosli.

 

Kemudian diikuti dengan bacaan Takhtim diketuai oleh Pengiran Khairul Alimin bin Pengiran Haji Osman dan Dikir diketuai oleh Mohd. Aminuddin bin Haji Yusof serta bacaan Doa Khatam Al-Quran dan Doa Selamat dipimpin oleh Awang Haji Mohd Adam bin Haji Rosli.

 

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menggalakkan kakitangan Hengyi mengamalkan bacaan Al-Quran sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka dan mendapatkan keberkatan daripadanya terutama pada bulan Ramadan.

 

Syarikat itu juga berusaha untuk mengukuhkan hubungannya dengan masyarakat tempatan dan pihak berkepentingan melalui acara tersebut.


Close