Kedudukan daging dalam tin, diproses masih dikaji





Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman / Foto : Hamzah Mohidin, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman



BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Mac. - Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) sememangnya memainkan peranan dalam kemasukan produk makanan khususnya daging mentah walaupun peruntukan Akta Daging Halal lebih memfokuskan kepada daging mentah.


Akan tetapi bagi permohonan-permohonan kemasukan produk-produk daging khasnya produk daging sejuk beku seperti sosej, nuget,daging 'patty' yang berproses seperti proses daging mentah termasuk diadakan penghantaran pegawai pemerhati ke pusat produk yang mengeksport.


Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menyatakan perkara tersebut bagi menjawab pertanyaan yang diajukan sebelumnya oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin pada pada hari ke-12 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.


Dalam hubungan ini, jelas Yang Berhormat, kementeriannya masih menjalankan pemerhatian mengenai kedudukan produk daging berproses yang ditinkan dari segi kawalan keselamatannya, apakah daging yang ditinkan itu ada diambil kira risiko-risiko ke atas kesihatan dan perkara itu ada peraturan dan undang-undangnya yang tertentu oleh lembaga yang tertentu sepertimana yang telah diterangkan Menteri Kesihatan sebelum ini.


“Mengenai perkara daging dalam tin, kedudukan daging berproses yang ditinkan ini masih dikaji dari segi undang-undangnya dari segi praktikaliti dan dari segi 'importation' peraturan-peraturan yang ada dan sudah tentunya akan berkolaborasi dengan 'food authority' yang pada masa ini sudah tertubuh," ujar Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.


Justeru, tegas Yang Berhormat, bagi permohonan Pensijilan Halal Majlis Ugama Islam Brunei, syarikat-syarikat adalah dikehendaki seperti yang telah nyatakan bahawa bahan ramuannya adalah dari produk-produk yang disahkan oleh Jabatan Halal dan oleh Badan-badan Halal yang diiktiraf oleh MABIMS.


Close