Perkongsian ilmu tentang kecerdasan dalam diri sendiri





Berita dan Foto : Ihsan Haji Awang Hasbollah Haji Awang Damit



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Januari. - Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar menganjurkan Kuliah Khas yang membawakan tajuk, 'Kecerdasan Qalbu' yang telah diadakan di masjid berkenaan.


Kuliah Khas tersebut disampaikan oleh Kaunselor Profesional, Mejar (B) Rusli bin Bujang di mana beliau mengongsikan kecerdasan 'qalbu' itu ialah sebuah katalis perkongsian ilmu yang bertujuan untuk memberikan celik akal yang berharga mengenai dengan potensi 'qalbu' yang sebenarnya.


“Ini dilakukan dengan memerhatikan elemen keagamaan secara saksama dan memaknai segenap segi peribadatan dengan cara yang berfaedah bermula dari dalam diri sendiri (qalbu)," tambahnya.


Antara tujuan Kuliah Khas dianjurkan adalah untuk memberi kefahaman kepada orang ramai tentang kecerdasan qalbu dan isu-isu yang berhubung kait dengannya.


Turut hadir, Penaung MRSB, Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin  Apong dan Penaung Bersama MRSB, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin serta ahli jemaah masjid berkenaan.


Close