DPMM berkenan menerima mengadap





Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Masri Osman



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Januari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko yang akan menamatkan perkhidmatan, hari ini, pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan, di sini.


Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 7 Julai 2018.


Close