Oleh : Khartini Hamir / Infografik : Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 November. - Sebanyak dua kes berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).
Sementara satu kes kematian dicatatkan hari ini, dan tidak ada kes berada dalam Kategori 4.
Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19, yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 653 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat menjadi 249,171.
Bagi Program Vaksinasi setakat hari ini, sebanyak 86.6 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.0 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.
Manakala sebanyak 78.8 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 11.2 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.