Berangkat meninggalkan Rome, Republik Itali



Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hernie Suliana Haji Othman

 






ROME, REPUBLIK ITALI, Isnin, 1 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat meninggalkan Rome, Republik Itali selepas menghadiri Sidang Kemuncak G20.

 

Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Fiumicino, Rome bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Itali, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof yang menetap di Paris.



Close