Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin

KEBAWAH
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Yang Amat Mulia
Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh bin Pengiran Haji Rajid
yang telah kembali ke rahmatullah. Berangkat sama ialah paduka anakanda
baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana
Menteri.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 1 Mei. -
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali
Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Yang Amat
Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh bin Pengiran Haji
Rajid yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 23 Rejab 1437
Hijrah bersamaan 30 April 2016 Masihi, jam 7.40 malam ketika berusia 85
tahun.
Berangkat
sama menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya di Kampung Telanai
ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran
Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri
Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Kebawah
Duli Yang Maha Mulia juga bersama-sama menunaikan Sembahyang Jenazah
Berjemaah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu
Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz
bin Juned.

KEBAWAH
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan
Perdana Menteri bersama-sama menunaikan Sembahyang Jenazah Berjemaah.
Allahyarham
Yang Amat Mulia dilahirkan pada 19 September 1930, di Kampung Kianggeh,
Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan mendapat pendidikan awal di
Sekolah Melayu Kajang, Pekan Brunei dari 1939 hingga 1942.
Selepas itu, Allahyarham Yang Amat Mulia meneruskan persekolahan di Sekolah Roman Catholic Mission School, Pekan Brunei.
Allahyarham
Yang Amat Mulia pernah bertugas sebagai Pegawai Penyiaran dan
Penerangan, Daerah Brunei dan Muara, kemudian dilantik sebagai Ketua
Adat Istiadat Diraja Dalam Istana pada 8 Mei 1968 dan setelah itu
bertugas di Pejabat Grand Chamberlain, Istana Darul Hana dengan jawatan
yang sama pada tahun 1995.
Pada
tahun 1956, Allahyarham Yang Amat Mulia merupakan Ahli Majlis Mesyuarat
Diraja dan pernah menjadi Naib Yang Di-Pertua Majlis Olimpik Kebangsaan
Negeri Brunei.
Atas
titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Allahyarham Yang Amat
Mulia telah diangkat menjadi Cheteria Tambahan di Bawah Cheteria 16,
'Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana' pada 4
Mei 1968, dan dinaikkan pangkat gelaran kepada Cheteria 16, 'Pengiran
Jaya Indera' pada 9 Mei 1996.

KEBAWAH
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dan paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka
Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
berkenan menerima junjung ziarah daripada ahli keluarga Allahyarham Yang
Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh bin
Pengiran Haji Rajid.
Selain
dari itu, Allahyarham Yang Amat Mulia juga telah dikurniakan dengan
beberapa Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan, antaranya Darjah
Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (Dato Laila Utama - D.K.) pada
tahun 1972; Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati (Dato Seri
Utama - D.K.) pada tahun 1970; Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat
Bahagia Darjah Kedua (Dato Setia - D.S.N.B.) pada tahun 1968; Darjah
Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (Dato Paduka -
D.P.M.B.) pada tahun 1968; Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat
Perkasa Darjah Ketiga (P.N.B.) pada tahun 1963; Pingat Hassanal Bolkiah
Sultan (P.H.B.S.) pada tahun 1968; Pingat Bakti Laila Ikhlas (P.B.L.I.)
pada tahun 2008; Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) pada tahun 1968; Pingat
Kerja Lama (P.K.L.) pada tahun 1967; Honorary Officer of The Most
Excellent Order of the British Empire (C.V.O) pada tahun 1972; Honorary
Member of The Royal Victorian Order (M.V.O) pada tahun 1992 dan Pingat
Peringatan Jubli Perak – Selangor pada tahun 1987.
Selain
itu, Allahyarham Yang Amat Mulia juga menerima Anugerah 'Pemimpin Belia
Berjasa' semasa Majlis Belia Brunei pada 1 Ogos 2006.
Semasa
hayatnya, Allahyarham Yang Amat Mulia bertanggungjawab memerhatikan
usaha sesuatu penyelidikan bagi sesuatu perkara yang dianggap boleh
mengancam keselamatan dan ketenteraman negara serta mengadakan
penyelidikan dan pengkajian mengenai masalah yang berkaitan dengannya
untuk disembahmaklumkan kepada Sultan.
Di samping itu, Allahyarham Yang Amat Mulia juga aktif bersukan dan membuat kerja kebajikan.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kilometer 6, Kampung Telanai.