Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mei. -
Penganugerahan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, iaitu
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) dan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B)
merupakan satu penghargaan yang menjadi bukti kepada penerima atas jasa
bakti mereka kepada raja, kerajaan dan tugasan yang telah diamanahkan.
Dengan
penganugerahan pingat yang dikurniakan itu juga akan dapat menyuntik
semangat untuk terus maju dan cemerlang dalam bidang pekerjaan
masing-masing di dalam jabatan kerajaan mahupun sektor swasta.

PENERIMA Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), Awang Haji Rahime bin Haji Anuar semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei.
Semasa
temu bual oleh wakil Pelita Brunei, para penerima yang dikurniakan
pingat melahirkan rasa syukur dan sekali gus turut menyembahkan junjung
kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas pengurniaan
pingat kehormatan yang berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.
Penerima
P.J.K, Awang Haji Rahime bin Haji Anuar yang sebelum ini menerima
P.I.K.B (2002) dan Pingat Kerja Lama (2006) melahirkan rasa terima kasih
atas sokongan yang diberikan oleh pihak jabatan kerajaan.
Ini
jelasnya, satu penghargaan kepada beliau yang selama ini berkhidmat
dengan pihak kerajaan dan sekali gus akan menamatkan perkhidmatannya
pada tahun hadapan.
Awang
Haji Rahime seterusnya menjelaskan, beliau mula berkhidmat dengan
kerajaan pada tahun 1984 sebagai seorang pekerja bergaji hari.
Dalam
pada itu, beliau menyarankan kepada para pegawai dan kakitangan
kerajaan serta sektor swasta untuk terus berbakti pada negara.
Sementara
itu, 643 Leftenan Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini (P.J.K); 683
Mejar Azlina binti Haji Muhammad (P.I.K.B) dan 744 Mejar Nurulain Rawiah
binti Haji Mohd. Raub (P.I.K.B) masing-masing melahirkan rasa syukur di
atas pengurniaan pingat berkenaan.

PENERIMA-PENERIMA
pingat, 643 Leftenan Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini (P.J.K);
683 Mejar Azlina binti Haji Muhammad (P.I.K.B); dan 744 Mejar Nurulain
Rawiah binti Haji Mohd. Raub (P.I.K.B) masing-masing melahirkan rasa
syukur di atas pengurniaan pingat berkenaan.
Menurut
ketiga penerima, ini merupakan kali pertama mereka menerima pingat
tersebut setelah masing-masing berkhidmat selama 13, 15 dan 16 tahun
dalam jabatan kerajaan.
Sepanjang
perkhidmatan, mereka menyatakan juga turut terlibat dalam acara-acara
kebangsaan, perancangan dan perlaksanaan latihan dan eksesais serta
'multi-national' dengan angkatan-angkatan negara sahabat dan serantau.
Justeru
itu, mereka masing-masing berhasrat untuk terus memberikan sumbangan
mengenai aspek ketenteraan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan,
di samping menyumbang kepada inisiatif-inisiatif kerajaan yang
mempromosikan kesejahteraan rakyat amnya dan khususnya perkembangan
belia-belia negara.