Berangkat ke Kubah Makam Diraja



Oleh: Khartini Hamir / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Mohd. Sahrizal Haji Said


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika menjirus 'aying asah-asahan' ke atas Makam Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja.


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 16 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berangkat ke Istiadat Pemakaman Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar binti Pengiran Anak Haji Metassan di Kubah Makam Diraja, di sini.

Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar binti Pengiran Anak Haji Metassan adalah bonda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

161016 BABU AD-7

KEBAWAH  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ketika menjirus 'aying asah-asahan' ke atas Makam Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja.

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

161016 BABU AD-8

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah menjirus 'aying asah-asahan' ke atas Makam Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja.

161016 BABU RIZAL-5534-e

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah menjirus 'aying asah-asahan' ke atas Makam Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja.

161016 BABU RIZAL-5551-e

PADUKA-PADUKA adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri menjirus 'aying asah-asahan' ke atas Makam Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja.

161016 BABU RIZAL 5575-e

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah serta kerabat diraja yang lain.

161016 BABU AD-11

PADUKA-PADUKA anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri menjirus 'aying asah-asahan' ke atas Makam Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja.

161016 BABU ADF-9962

Bacaan Tahlil dan Doa Tahlil dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar yang juga membacakan Talkin.

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudian menjirus 'aying asah-asahan' ke atas Makam Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja.

161016 BABU AD-12161016 BABU AD-13161016 BABU AD-14

PADUKA-PADUKA adinda dan anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri menjirus 'aying asah-asahan' ke atas Makam Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja.

161016 BABU RIZAL-5658-e161016 BABU AD-16161016 BABU AD-17

Juga turut menjirus 'aying asah-asahan' ke atas Makam Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri.

16102016 RIZAL 5434

BACAAN Tahlil dan Doa Tahlil dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar yang juga membacakan Talkin.

Antara putera dan puteri Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja ialah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; Allahyarham Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar Pengiran Anak Haji Mohd. Yusof; YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; YAM Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh; Yang Mulia Pengiran Anak Haji Ja'afar; Allahyarhamah Pengiran Anak Hajah Damit; YAM Pengiran Anak Hajah Rokiah; Allahyarhamah Pengiran Anak Hajah Mastura dan YAM Pengiran Anak Hajah Fatimah.

Close