Siaran Akhbar Jabatan Perkhidmatan Awam
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Januari. -
Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini
memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan
bagi Pengarah Perkhidmatan Air di Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Amer
Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji
Zakaria ditukar dan dilantik sebagai Pengarah Kemajuan Perumahan di
Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan mulai 10 Mac 2015.
Penolong
Pengarah Perkhidmatan Air di Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja
Raya, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dinaikkan pangkat
sebagai Pengarah Saliran dan Pembentungan di Jabatan Saliran dan
Pembentungan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan mulai 10
September 2014.
Sementara,
Jurutera Air Kanan di Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya,
Dayang Lim Sui Kau Alice dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Perkhidmatan
Air di Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya, Kementerian
Pembangunan mulai 10 Mac 2015.