Laporan : Marlinawaty Hussin / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Hamzah Mohidin

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim ketika menjawab soalan yang diutarakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 Mac. -
Sebagai sebuah masyarakat yang dididik dengan amalan budaya yang murni
berteraskan agama Islam, lebih-lebih dengan sistem amalan bernegara yang
kita amalkan berteraskan Melayu Islam Beraja (MIB), hak-hak kebajikan
masyarakat secara menyeluruh adalah penting mengikut hak-hak kehidupan
dan kebajikan mereka.
Apatah
lagi hak-hak kebajikan ataupun warga emas terutama sekali dalam
kalangan masyarakat kitani yang sememangnya dibentuk dengan calak Brunei
dalam menjaga kepentingan orang-orang tua, aptah lagi jika warga emas
itu adalah ibu bapa kita.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul
Rahman bin Haji Ibrahim menyuarakan perkara tersebut ketika menjawab
soalan yang diutarakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang
Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking dalam
Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-12 Majlis MMN di hari
keempat yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan
Majlis, di sini.
Tegas
Yang Berhormat, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai anak untuk
menjaga kehidupan orang tua kita apabila mereka menempuh hari-hari tua
dan bukan mengabaikan atau menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang
lain.
"Walaupun
pada masa ini tidak terdapat undang-undang khusus berkaitan dengan
undang-undang yang mewajibkan tanggungjawab penjagaan dan kebajikan
warga emas ke atas ahli-ahli keluarganya terutama sekali anak-anak
mereka, namun tidaklah seharusnya terdapat kejadian yang warga emas
diabaikan dan terbiar hak-hak mereka oleh ahli keluarga mereka," Yang
Berhormat berkata.

YANG Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking.
Jelas
Yang Berhormat, bagi warga emas atau orang-orang tua yang tidak
mempunyai keluarga atau saudara mara untuk menjaga kebajikan mereka,
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan
Masyarakat memang telah memainkan peranan dalam memberikan pemedulian
melalui pelbagai bantuan termasuk elaun sara hidup serta menguruskan
keperluan-keperluan lain seperi tempat kediaman dan bagi mendapatkan
rawatan di klinik dan hospital.