Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Azmah Haji Ahad

SETIAUSAHA
Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah
semasa mengagihkan Bendara Negara kepada penghulu-penghulu mukim.
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 1 Julai. -
Upacara Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam Ke-70 berlangsung serentak di keempat-empat daerah di negara
ini sebaik sahaja bendera besar negara dikibarkan di Dataran Kompleks
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara.
Jabatan
Daerah Brunei dan Muara juga mengadakan Upacara Menaikkan dan
Mengagihkan Bendera Negara berlangsung di Kawasan Letak Kereta, Jabatan
Daerah Brunei dan Muara, di sini.
Hadir
selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap,
Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah binti Haji
Umar.
Pada
majlis itu, tetamu kehormat menyerahkan bendera tersebut kepada anggota
Polis Diraja Brunei bagi dinaikkan dengan diiringi oleh lagu Kebangsaan
Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

SETIAUSAHA
Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah
binti Haji Umar semasa menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam
Kepada Ketua Pasukan Polis Diraja Brunei.
Tetamu
kehormat yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan
kemudian mengagihkan bendera-bendera kebangsaan kepada 17 orang penghulu
mukim di daerah ini diiringi oleh ketua-ketua kampung di bawah jagaan
masing-masing.
Upacara
tersebut antara lain bertujuan untuk sama-sama memeriahkan Sambutan
Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, selain untuk
memupuk semangat kebangsaan dan kekeluargaan dalam diri masyarakat
supaya melibatkan diri dalam usaha yang berkebajikan serta mengeratkan
silaturahim.
Ia
juga untuk menanamkan dan mempertingkatkan kesedaran dalam menunaikan
peranan serta tanggungjawab selaku rakyat untuk mengibarkan bendera
negara dengan mematuhi peraturan-peraturannya dalam jangka masa yang
ditetapkan.
Hadir
sama pada majlis itu ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi
Daerah Brunei dan Muara, Pemangku Pegawai Daerah Brunei Muara,
penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung serta pegawai dan kakitangan
Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

UPACARA Menaikkan Bendera Jabatan Daerah Brunei Muara disempurnakan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.