PDB bersihkan Tanah Perkuburan Islam



​Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Jun. - Selain pelbagai aktiviti keagamaan yang dikendalikan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), anggota pasukan berkenaan juga tidak ketinggalan untuk sama-sama meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan yang penuh berkat ini dengan mengadakan kerja gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Kiarong, berdekatan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

Kerja gotong-royong tersebut dikendalikan dengan kerjasama Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Kiulap yang diselajurkan dengan membaca Tahlil.

PR POLIS GOTONG ROYONG 6

PEGAWASAN Kejiranan Kampung Kiulap bersama anggota Balai Polis Pusat membersihkan tanah perkuburan berdekatan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

Hadir menyertai kerja amal berkenaan ialah Pemangku Pegawai Penguasa Balai Polis Pusat, Penolong Penguasa Polis Percubaan (Probationary Assistant Superintendent of Police) Mohd. 'Izzuddin Hanis bin Haji Mohd. Salleh dan anggota Balai Polis Pusat.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kiulap, Awang Haji Mohammad bin Abu Bakar bersama ahli pengawasan kejiranan di kampung itu.


Close