Siaran Akhbar
JERUDONG, Ahad, 13 September. - Sejumlah 18 pasukan bakal beraksi bagi menentukan siapa juara dalam Liga Bolasepak Daerah Brunei Muara anjuran Pertubuhan Bolasepak Daerah Brunei dan Muara (PBDBM) yang dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Sepak mula dan pembukaan rasmi liga akan diadakan pada 20 September ini, di Padang dan Belapan Berakas pertemuan di antara Pasukan Darussalam Soccer Players (DSP UNITED) menentang Pasukan AKSE Bersatu.
Hal ini antara lain didedahkan oleh Pengerusi perlawanan Awang Haji Mohd. Noor bin Haji Hamid ketika pertubuhan itu mengadakan Mesyuarat bersama Pengurus-pengurus Pasukan di Jerudong.
Dalam kumpulan 'A' - PESEJA UNITED; IKERAB FC; MSN UNITED FC; DAGANG FC; Sporting Family Team (SFT) dan Seri Wira FC.
Dalam kumpulan 'B' - Rainbow FC; Sewira FC; Savilla FC; Seri Bolkiah 1 FC; TELBRU FT dan Al Idrus FC.
Dalam kumpulan 'C' - Kilugos FC; BAKES FT; Darussalam Soccer Players (DSP United); AKSE Bersatu; Bebuloh FC dan PLAN BATU.
PBDBM berharap kepada semua peminat bola sepak bolehlah hadir dan memberi sokongan di kesemua perlawanan yang akan diadakan nanti kerana masuk adalah percuma.
Hadir pada mesyuarat itu ialah Yang DiPertua PBDBM, Awang Haji Juned bin Haji Ramli dan Ahli Jawatankuasa PBDBM dengan membincangkan mengenai dengan syarat-syarat perlawanan, jadual perlawanan dan pembukaan rasmi.