Sekolah Ugama Sungai Liang adakan khatam Al-Qur'an



Berita dan Foto : Noraisah Muhammed


GAMBAR ramai pelajar yang khatam bersama tetamu kehormat dan guru besar Sekolah Ugama Sungai Liang.


SUNGAI LIANG, Sabtu, 19 September. - Seramai 28 murid terdiri daripada 18 murid lelaki dan 10 murid perempuan bagi Darjah VI Sekolah Ugama Sungai Liang telah menyertai Majlis Khatam Al-Qur'an yang diadakan di Dewan Iltizam Sekolah Rendah Sungai Liang.

Majlis berkenaan merupakan projek tahunan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan menjadi salah satu program rancangan Sekolah Ugama Sungai Liang.

220915 NORAISAH KHATAM 01

PNEGHULU Mukin Liang, Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Momin menyampaikan sijil dan penghargaan

kepada salah seorang pelajar khatam.

Majlis Khatam Al-Qur'an tersebut telah disertai oleh  murid-murid yang telah menamatkan Pembacaan Al-Qur'an sehingga 30 Juz dan juga sebagai galakan kepada mereka agar sentiasa mengamalkan Pembacaan Al-Qur'an sebagai ibadah harian.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penghulu Mukim Liang, Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Momin dan isteri.

Close