80 orang terima daging korban Kementerian Kewangan



Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit


PEMANGKU Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah menyempurnakan pengagihan daging korban.


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September. - Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Dewan Teater kementerian berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging korban ialah Pemangku Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah dan Isteri, Pengiran Datin Hajah Noorsiah binti Pengiran Hamdan.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan serta jabatan-jabatan di bawahnya.

260915 AZMI002 KEWANGAN 80 orang terima daging korban kementerian kewangan

ISTERI Pemangku Menteri Kewangan, Pengiran Datin Hajah Noorsiah binti Pengiran Hamdan 

menyempurnakan pengagihan daging-daging korban.

Seramai 115 peserta telah mengambil bahagian dalam majlis korban berkenaan dan sebanyak 13 ekor lembu, tiga ekor kerbau serta tujuh ekor kambing telah dikorbankan yang kemudiannya diagih-agihkan kepada seramai 80 penerima.

Majlis ibadah korban berkenaan merupakan aktiviti tahunan Kementerian Kewangan dan pada tahun ini telah dikendalikan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Close