Dinaikkan pangkat



​Siaran Akhbar Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 4 Ogos. - Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Timbalan Pengarah di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dayangku Hajah Mazlizah binti Pengiran Haji Mahalee dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Perdagangan Antarabangsa di Jabatan Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan mulai 29 Jun tahun ini.

Close