16 orang dikurniakan Bintang Kebesaran



​Oleh : Nor Hanizah Haji Abd. Halim / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B.) yang membawa gelaran 'Dato Seri Pahlawan' kepada empat penerima iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, 286 Brigadier Jeneral Pengiran Dato Paduka Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, 309 Laksmana Pertama Pengiran Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad dan 318 Brigadier Jeneral (U) Awang Haji Hamzah bin Sahat.


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 16 orang penerima sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun, di Istana Nurul Iman.

MASRI 010 150815

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran 'Dato Paduka' kepada Yang Dimuliakan Pehin Khatib Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz dan Pengarah Awang Haji Ismit bin Pengarah Mukim Haji Naim.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan mengurniakan Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B.) yang membawa gelaran 'Dato Seri Pahlawan' kepada empat penerima iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, 286 Brigadier Jeneral Pengiran Dato Paduka Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, 309 Laksmana Pertama Pengiran Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad dan 318 Brigadier Jeneral (U) Awang Haji Hamzah bin Sahat.

AZMI 34 150815

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B.) kepada Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop, Awang Haji Abdul Rahman bin Mat Zin dan Dayang Hajah Zakiah binti Haji Mohamad Taib.

Istiadat diikuti dengan pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran 'Dato Paduka' kepada dua penerima iaitu Yang Dimuliakan Pehin Khatib Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz dan Pengarah Awang Haji Ismit bin Pengarah Mukim Haji Naim.

Sementara itu, tiga penerima dikurniakan Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B.) kepada Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop, Awang Haji Abdul Rahman bin Mat Zin dan Dayang Hajah Zakiah binti Haji Mohamad Taib.

15082015 MASRI 014

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.) kepada Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos, Awang Roslan bin Haji Taja'ah, Penguasa Kanan Polis Awang Mohamad bin Metusin, Dayang Hajah Lily binti Haji Kula, Dr. Dayang Hajah Roselina binti Dato Paduka Haji Yaakub, Dr. Dayang Hajah Mawarni binti Haji Abd. Hamid dan Dr. Dayang Grace Jessica Ang (atas dan bawah).

15082015 MASRI 015

Manakala tujuh penerima dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.) kepada Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos, Awang Roslan bin Haji Taja'ah, Penguasa Kanan Polis Awang Mohamad bin Metusin, Dayang Hajah Lily binti Haji Kula, Dr. Dayang Hajah Roselina binti Dato Paduka Haji Yaakub, Dr. Dayang Hajah Mawarni binti Haji Abd. Hamid dan Dr. Dayang Grace Jessica Ang.

AZMI 41 150815

BACAAN Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja
Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.


Close