Olahraga SKBD - raih lebih banyak pingat emas



Oleh: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim


TUTONG, Isnin, 1 Disember. - How Hung Xin dari Pasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT), berjaya merangkul Pingat Emas dalam acara olahraga Lompat Tinggi Wanita pada Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong, di sini dengan lompatan setinggi 1.34 meter.

Pingat Perak diraih oleh Dayang Khairunisa Naqibah binti Kadir dari Pasukan Kuala Belait (KB) dengan lompatan setinggi 1.30 meter sementara W/Sgt 2971 Dayang Juliana dari Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) memenangi Pingat Gangsa dengan lompatan setinggi 1.25 meter.

Manakala bagi acara olahraga Lontar Peluru Lelaki, Pingat Emas dikutip oleh Awang Md. Yazid bin Yatimi dari Daerah Brunei dan Muara (BM) setelah berjaya membuat lontaran peluru sejauh 12.95 meter; Pasukan dari KB, Awang Mohd. Adenin bin Bolhan berjaya mengutip pingat perak dengan lontaran peluru sejauh 12.20 meter dan pingat gangsa juga dikutip oleh Awang Haji Muhd. Nur Zul’Ishamuddin dari pasukan BM dengan lontaran peluru sejauh 11.57 meter.

HERNIE 03 sukan kebangsaan 011214PEMENANG-PEMENANG acara 1500 meter wanita menerima pingat masing-masing. (Foto : Hernie Suliana Haji Othman)


Bagi acara olahraga Merejam Lembing Wanita, W/Cpl 2957 Dayang Alinawati dari pasukan MS PDB berjaya meraih pingat emas dengan lontaran lembing sejuah 29.33 meter manakala lontaran lembing sejauh 25.29 meter yang dibuat oleh Civ Michelle Charlene Basir dari pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) berjaya mengutip Pingat Perak dan Pingat Gangsa dikutip oleh pasukan dari KB, Ledia anak Bala dengan lontaran lembing sejauh 20.33 meter.

Dalam pada itu, pingat emas dalam acara olahraga 110 Meter Lari Berpagar Lelaki di sandang oleh Barry Freddie Stephen Nyuak, pasukan KB dengan catatan masa 17.16; pingat perak dikutip oleh Awang Khalid bin Othman dari BM dengan catatan masa 17.35; dan Lans Koperal  4307 Michel, MS PDB mencatat 20.63 sekaligus merangkul pingat gangsa.

HERNIE 02 sukan kebangsaan 011214PESERTA Merejam Lembing Wanita W/Cpl 2957 Alinawati dari MS PDB bersedia membuat rejaman bagi meraih pingat emas
dengan rejaman sejauh 29.33 meter. (Foto : Hernie Suliana Haji Othman)

Bagi acara olahraga 1,500 Meter Wanita pula pingat emas dirangkul oleh wakil IPT, Leong Sheo Yee  dengan catatan masa 05:32:90; pingat perak diraih oleh Dayang Maizurah binti Abdul Rahim dari KB, dengan catatan masa 06:10:22; dan pingat gangsa dimenangi oleh Dayang Nurul Azillah binti Hj Matsah dari pasukan Daerah Tutong (TUT) dengan catatan masa 06:21:58.

Antara yang hadir  menyempurnakan penyampaian pingat kepada pemenang ialah Pengurus Persatuan Bank-Bank Brunei (PBBB), Awg Md. Nazri bin Nasruddin; Timbalan Pengurus Olahraga MS PDB, Inspektor Yussof bin Hj Mat Yassin; dan Pengurus IPT, Awang Demigo bin Kapal.

Close