Siaran Akhbar

KEBAWAH
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim
Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah menganugerahkan
Pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat kepada Pemerintah
Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri
Pahlawan Haji Wardi bin Haji Abdul Latip.
KUALA LUMPUR, Khamis, 4 Disember. -
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim
Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah menganugerahkan
Pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat kepada Pemerintah
Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri
Pahlawan Haji Wardi bin Haji Abdul Latip.
Menurut Siaran Akhbar
Kementerian Pertahanan, majlis berlangsung pada satu Istiadat
Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) yang diadakan di
Istana Negara.
Penganugerahan tersebut adalah salah satu simbol
penghargaan dalam menghargai jasa serta sumbangan Brigedier Jeneral (U)
Dato Seri Pahlawan Haji Wardi bin Haji Abdul Latip dalam
mempertingkatkan hubungan di antara TUDB dan juga Tentera Udara Diraja
Malaysia.
Seramai 205 penerima Darjah hadir semasa sesi pertama
istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
2014.