Berita dan Foto : Ihsan Kumpulan Muslimah Masjid Universiti Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mac. - Seramai 30 ahli Kumpulan Muslimah Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pembangunan Belia (PPB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) di Kampung Tanah Jambu.
Rombongan diketuai oleh Penyelia / Ketua Muslimah Masjid UBD, Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin.
Tujuan lawatan adalah untuk meninjau lebih dekat lagi dan memberi pendedahan kepada para Muslimah akan peranan dan tanggungjawab PPB dalam melahirkan pelatih-pelatih sebagai usahawan muda sejak pusat itu ditubuhkan hingga kini.
PPB juga membuka peluang dan ruang kepada orang awam untuk mengikuti kursus-kursus singkat yang ditawarkan di bawah program komuniti dan menarik minat para Muslimah Masjid UBD untuk menyertai kursus-kursus berkenaan seperti Terapi Kecantikan, Jahitan, Kursus IT, dan Penyediaan Makanan dan Memasak.
Rombongan juga dibawa melawat ke Kemari Farm Enterprise (KFE).
Hasil daripada lawatan tersebut telah dapat membuka minda, menarik minat serta memupuk semangat para Muslimah Masjid UBD untuk bergiat dan menerajui dalam bidang keusahawanan.