NBD jalin hubungan diplomatik dengan Rwanda



​Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri

 





BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 Disember. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjalin hubungan diplomatik dengan Kerajaan Republik Rwanda mulai 9 Disember 2020.

 

Majlis Menandatangani Kenyataan Bersama penjalinan hubungan diplomatik diadakan di Pejabat Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam (NBD) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York.

 

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Wakil Tetap NBD ke PBB, New York, Puan Yang Terutama Hajah Noor Qamar binti Haji Sulaiman, sementara itu, Kerajaan Republik Rwanda diwakili oleh Wakil Tetap Republik Rwanda ke PBB, New York, Puan Yang Terutama Valentine Rugwabiza.


Close