Barang tegahan ditemukan di dalam kenderaan



​Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

 





TEMBURONG, Rabu, 18 November. - Seorang warga asing ditahan oleh keanggotaan Balai Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) setelah didapati memiliki barang tegahan.

 

Penemuan tersebut hasil daripada pemeriksaan kenderaan suspek yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Pekan Bangar.

 

Hasil daripada siasatan awal, sebanyak 125 karton rokok pelbagai jenama, termasuk beberapa kepingan paket yang dipercayai pil jenama 'Eremin 5' juga berjaya ditemui dan dirampas oleh keanggotaan polis yang bertugas.

 

Suspek (pemandu) merupakan seorang lelaki berumur 47 tahun, dan segera dibawa ke Balai Polis Temburong untuk siasatan lanjut bersama barang-barang rampasan.

 

Kes siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi tindakan selanjutnya.

 

PPDB sentiasa mengalu-alukan orang ramai agar sentiasa memberikan sokongan dalam penyaluran serta perkongsian maklumat terhadap pembanterasan dan menghalang sebarang kegiatan-kegiatan jenayah bertapak di negara ini.


Close