Pelajari cara hasilkan kuih



​Siaran Akhbar dan Foto : Pusat Kegiatan Warga Emas Tutong

 




TUTONG, Selasa, 17 November. - Seramai 50 orang Ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) mengikuti Program Masakan yang diselenggarakan oleh Biro Keusahawanan dan Perekonomian pusat berkenaan, hari ini, di sini.

 

Program Masakan tersebut merupakan program mingguan yang diadakan setiap Selasa oleh Biro Keusahawanan dan Perekonomian pusat tersebut di mana pada hari ini, ahli-ahli persatuan belajar untuk membuat Kuih Melayu iaitu Onde-Onde.

 

Kuih Onde-Onde merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang sudah ada sejak turun-temurun di Nusantara. Di Negara Brunei Darussalam, kuih ini lebih dikenali sebagai Kuih Pancit. Lazimnya, kuih ini berwarna hijau namun ada juga yang memodenkannya dengan membuatnya berwarna-warni.

 

Program mingguan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli persatuan kerana mereka berpeluang untuk mempelajari bagaimana cara untuk menghasilkan kuih Melayu tersebut kerana ada sesetengah ahli tidak mengetahui bagaimana untuk membuat kuih berkenaan.

 

Juga hadir dan sama-sama menjayakan lagi aktiviti tersebut ialah Pengurus-pengurus Biro Keusahawanan dan Perekonomian pusat berkenaan.




Close